Pages

Ads 468x60px

Labels

Business (4) Shaklee (7) Testimony (3)

Thursday, 3 April 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE (BAGI YANG SUSAH HAMIL)

Salam semua,

lama sungguh tak update blog... mulai hari ini saya nak share semua info2 pasal produk Shaklee untuk tatapan umum.. 

Hari ini nak tulis berkenaan SET KESUBURAN..

Sebelum itu, suka saya ingatkan untuk kita mendapatkan dulu pemeriksaan dari pakar perubatan untuk pemeriksaan lanjutan sekiranya ada salah seorang  mempunyai masalah fizikal seperti masalah ovari, rahim terbalik dan sebagainya.

Jika keputusan doktor memihak pada anda - dimana tiada apa2 masalah yang menghalang untuk anda dan pasangan mendapatkan anak.. maka anda bolehlah mencuba SET KESUBURAN INI..

Jadi, mula2 ketahui puncanya dahulu kenapa anda susah nak hamil, sebab mungkin produk yang diambil tak berkaitan pun dengan punca masalah.  

Set Kesuburan Shaklee ini terdiri daripada 3 set:

1) Family Wellness Set - ESP, Vitalea, Vitamin C, B-Complex

2) Women's Health Set - GLA, Omega Guard, Ostermatrix

3) Men's Health Set - Vitamin E, Zink, OmegaGuard

Jadi, bagaimana set ini membantu dalam kesuburan?

GLA
GLA ini wajib untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil. Ia bertindak mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari. 

ZINC
Zinc merupakan supplement yang sangat penting untuk kesuburan terutamanya buat lelaki. Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.

Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantuk menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan. 

VITAMIN E
Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioksidan yang mampu meningkatkan kesuburan.
VITAMIN C
Bagi lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Keunikan Vita-C Shaklee adalah pada sistem "sustained release" di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan dan akan bertahan lebih lama dalam badan.
B-COMPLEX
Terdapat dua jenis vitamin B yang bermanfaat untuk menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (conception).

VITA-LEA
Mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.
OSTEMATRIX
Amat penting buat wanita sebagai persediaan persenyawaan sperma dan telur. Sebaik sahaja anda mengandung, anda memerlukan simpanan kalsium yang mencukupi dalam tubuh untuk dimanfaatkan oleh bayi anda. Ia juga membantu mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk persenyawaan sperma dan telur.
OMEGA GUARD
Mengandungi asid lemak Omega 3. Antara punca ketidaksuburan di kalangan lelaki adalah disebakan struktur sel sperma yang tidak terbentuk dengan sempurna. Omega 3 dapat membantu pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome merupakan struktur melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam proses persenyawaan telur wanita.

Bagi wanita pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyewakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan Omega 3 - Omega 6 juga turut dikaitkan dengan polycystic ovarian syndrome (PCOS), salah satu punca ketidaksuburan pada wanita.

Jadi kenapa Shaklee? sedangkan di kaunter farmasi banyak menjual supplement yang sama. Bagi saya perbezaan utama adalah supplement keluaran Shaklee adalah semulajadi, bukan vitamin sintetik yang banyak di jual di kaunter farmasi. Shaklee adalah supplement yang berstatus Halal yang paling ekonomi harganya. Ia juga sentiasa berkesan dan selamat.. in sha Allah..
Sila hubungi saya untuk konsultasi. Anda juga boleh membeli secara berasingan mengikut baget anda..
dan INGAT!! Jangan lupa untuk terus istiqamah berdoa, berzikir dan solat hajat untuk memperolehi cahayamata, kerana kita hanya mampu berusaha dan semoga usaha kita akan diizinkanNya insyaAllah.
   
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.